Friday, 15 March 2013

Kursus MBM 2013

Assalamualaikum...

Setelah 3 hari 2 malam bermesyuarat di Olympic Sports Hotel Kuala Lumpur bermula 12-14 Mac 2013, antara info yang ingin dikongsikan bersama adalah seperti yang berikut:

  • Semua kursus akan diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
  • Pensyarah IPG ditugaskan sebagai fasilitator, surat pelantikan fasilitator akan disediakan oleh BPG.
  • Kursus KPKI (8 kursus berbanding 11 sebelum ini) akan diadakan secara pakej di hotel.
  • IPGKSAH dan IPGKDA masing-masing ditugaskan untuk memudahcarakan 4 kursus.
  • Kursus bagi Fasa 1 (4 kursus) akan mula dilaksakan pada Mei - Jun 2013 manakala 4 kursus lagi akan dilaksanakan antara Ogos - Oktober 2012.
  • Kursus KDP4M digantikan dengan kursus Intensif 40 jam tetapi belum mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.
  • Pembahagian KPKI antara IPGKSAH dengan IPGKDA adalah seperti yang berikut:
      IPGKSAH
      1.   Kursus Pemantapan Tatabahasa SR
      2.   Kursus Pemantapan Tatabahasa SM
      3.   Kreativiti dan Didik Hibur dalam PdP BM SR
      4.   Strategi Pengajaran BM Berkesan SM

      IPGKDA
      1.  Penghayatan Bahan KOMSAS dalam PdP BM SM
      2.  Elemen TMK dalam PdP BM SR
      3.  Elemen TMK dalam PdP BM SM
      4.  Strategi Pengajaran BM Berkesan SR

      Semua pakej KPKI kelolaan JPN Kedah dicadangkan pelaksanaannya di Langkawi
      Setiap kursus akan melibatkan seorang pemantau dan 3 orang fasilitator.

      
      
            

Thursday, 5 July 2012

Kursus Penyelarasan Bahan dan Pemantapan Fasilitator MBM

Kursus Penyelarasan Bahan dan Pemantapan Fasilitator MBM yang dikelolakan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPG KSAH akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 13 - 15 September 2011
Tempat : Hotel Grand Continental, Langkawi.
Peserta : Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Teknologi Pendidikan, dan Jabatan Sains Sosial yang telah memberi sumbangan bagi merealisasikan program MBM 2011.
Pengangkutan : Bas IPG KSAH - Jeti Kuala Perlis
Waktu Bertolak : 8.00 pagi 

Pementasan Drama dan Persembahan Movie Maker KDP 4 Minggu Kohot 2 2011



Pementasan Drama dan Persembahan Movie Maker KDP 4 Minggu Kohot 2 2011 telah diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 26 Julai 2011 (Selasa)
Tempat : Dewan Munsyi IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang

Drama yang bertajuk "Delusi Rimba" telah dipersembahkan dengan jayanya oleh peserta Kursus Aplikasi Teknik Drama Kreatif  dalam P&P Bahasa Melayu (SM) manakala persembahan multimedia (movie maker) dijayakan oleh peserta Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu melalui TMK (SM).
Semua peserta kursus telah dibawa dengan bas IPGKSAH dari PLGDP Sungai Karangan ke Kampus IPGKSAH. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Shobri bin Saad (Timbalan Pengarah IPGKSAH). Guru-guru pelatih PISMP dan PPISMP major Bahasa Melayu telah dijemput sebagai audiens pementasan drama dan persembahan multimedia ini. Program ini diakhiri dengan majlis "Kenduri Pulut Durian".
Syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus atas kejayaan mengaplikasikan teori dan pengetahuan kandungan yang diperoleh sepanjang berkursus. Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini.
 ...mengaminkan doa memohon keberkatan majlis...

 Ucapan Perasmian
Tn. Hj. Ahmad Shobri bin Saad
Timbalan Pengarah IPG KSAH

Ucapan Tn. Hj. Ibrahim bin Bakar
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG KSAH
 
Barisan Pelakon dan Krew Bergambar Kenangan
Bersama Timbalan Pengarah dan Fasilitator

Kumpulan Inovasi P&P melalui TMK Bergambar Kenangan 
Bersama Timbalan Pengarah dan Fasilitator


gandingan mantap...


 berbakat ... 


 penyediaan props...


 latihan intensif...


 fasilitator - turun padang - sesi latihan


guru-guru pelatih teruja...


 senyuman fasilitator...


apa tu Kak Diah... sampai terbangun Kak Pah...


terhibur...ada unsur kecindan...

MBM KDP 4 Minggu Kohot 2 2011

Kursus MBM KDP 4 Minggu Kohot 2 2011 yang bermula pada 03 Julai 2011 telah melabuhkan tirainya pada 28 Julai 2011. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Yusuf Ahmad, Pensyarah Kanan yang mewakili Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Turut hadir ialah Tn. Hj. Ibrahim Bakar (Ketua Jabatan Pengajian Melayu), En. Aznan Mohd. Akhir (Ketua Unit LDP), dan En. Abdul Jamil Nazri (Penolong PPD Bahasa Kuala Muda/Yan).

SALAM AIDILFITRI


Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini serta Muslimin dan Muslimat di mana jua anda berada. Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Raikanlah hari raya ini bersama-sama keluarga tercinta serta rakan taulan, namun begitu keselamatan di jalan raya perlu diutamakan. Hargailah nyawa anda.

Sekali lagi, ucapan tulus ikhlas daripada saya sebagai pengendali laman blog ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin.

Hayati sajak "Melayu" karya Usman Awang


MELAYU
Oleh: Sasterawan Negara Usman Awang
 
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
 
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Taklimat MBM KDP 4 Minggu Ambilan 2 2011 (03 Julai 2011)



Peserta kursus khusyuk mendengar Taklimat Kursus MBM KDP 4 Minggu Ambilan 2 2011 yang disampaikan oleh Penyelaras MBM, En. Suhemi Abdul. Taklimat ini diadakan di Bilik J PLGDP Sungai Karangan, Kedah Darul Aman. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu  dari negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis telah mendaftar sebagai peserta Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu Melalui TMK (SM) manakala 24 orang lagi mendaftar bagi Kursus Teknik Drama Kreatif Dalam P&P Bahasa  Melayu (SM). Kursus yang bermula pada 03 Julai 2011 akan tamat pada 28 Julai 2011. Perasmian kursus ini telah disempurnakan pada 04 Julai 2011 oleh Tn. Hj. Yusof bin Ahmad, Pensyarah Kanan yang mewakili Pengarah IPGKSAH. Majlis perasmian turut dihadiri oleh En. Aznan bin Md Akhir, Ketua Unit LDP IPGKSAH dan barisan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKSAH.