Thursday, 5 July 2012

Keistimewaan Bahasa Melayu


Keistimewaan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi akhir zaman. Bahasa Melayu telah dipilih Allah swt sebagai alat penyebaran dakwah Imam Mahdi dan Fata-At Tamimi. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa ibunda Imam Mahdi, Fata At-Tamimi, para Ikhwan dan para Asoib. Antara kelebihan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
1.             Bahasa Melayu ialah bahasa termudah sekali bahkan lebih mudah darpadai bahasa Arab. Hal ini telah disahkan oleh warga asing yang mempelajari bahasa ini.
2.             Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kedua terindah sesudah bahasa Arab Al-Quran. Hal ini demikian keranan bahasa  Melayu ialah bahasa puitis terutamanya ketika bermadah, terserlah keindahan bahasanya.
3.             Bahasa Melayu ialah bahasa tersopan sekali. Bahasa Melayu telah dibina sekian lama untuk tujuan ini. Bahasa Melayu telah mengalami evolusi yang panjang sehingga terbentuk suatu bahasa yang indah dan sopan.
4.             Bahasa Melayu dibina dengan dua jenis tulisan yang membantu perkembangan Islam pada zaman Imam Mahdi iaitu tulisan jawi untuk kegunaan orang Islam dan tulisan rumi bagi bukan Islam.
5.             Bahasa Melayu telah menjadi Lingua franca masyarakat nusantara walaupun di nusantara banyak bahasa yang dituturkan namun bahasa Melayu dipilih sebagai penyatu bangsa nusantara ini.
6.             Bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang banyak hinggakan penuturnya sendiri tidak mengetahui kesemua kosa kata bahasa mereka.
7.             Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai banyak pengertian. Sesuatu ayat boleh mempunyai pelbagai maksud mengikut keadaan. Oleh itu, bahasa Melayu dipilih untuk mengungkapkan isi Al-Quran yang mempunyai pelbagai lapisan makna itu.
8.             Bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa bukan penjajah yang mempunyai bilangan penutur yang ramai. Jika dilihat bahasa Mandarin dan Hindi ramai yang menuturkannya kerana orang Cina dan India ramai. Bahasa Perancis, Jerman, Rusia, Sepanyol, Inggeris, dan Portugis ialah bahasa bangsa penjajah. Bahasa Arab pula banyak dituturkan kerana perkembangan Islam. Hanya Bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang ramai tanpa sebab-sebab tertentu.

No comments:

Post a Comment